Tuesday, November 15, 2011

HARGAI ISTERIMU




SAYANGILAH dia.. kerana..

-bila dia menyuruh kamu beramal, berbuat kebaikan dan bersembahyang. Dia mahu menemanimu dan bersama mu ke  Syurga di akhirat kelak. Insya' Allah




-bila dia bersifat cemburu. Ingatlah, dia tidak melayan lelaki lain setelah dia mengahwini kamu. Baginya kamulah satu-satunya lelaki yang ada di hatinya. Fikirkan.

-bila dia menyuruh kamu bermain dengan anak2.  Anak2 lahir pon hasil benih cinta korang berdua jugak. Jaga lah sama-sama.

-bila masakan dia xsedap. Jangan kutuk tapi puji lah. Dia telah berusaha. Esok lusa pasti dia teruja utk masak dgn lebih sedap!

-bila dia selekeh kusut masai bangun pepagi. sibuk nak hantar suami pg keje, nk sediakan sarapan lagi, kejut anak2 pergi sekolah.. siap bagi senyuman wlaupon penat.. beruntungnya kamu..just relax je. Pas mandi  kompom dia cantik ngan kemas punyalah.


-bila dia meminta bantuan uatuk menemani anak2 belajar buat keja sekolah. Kamu pon patut membantunya melayan anak2 di rumah.

-bila berat badan dia dah bertambah dan nampak chubby. katakan bahawa dia masih cantik walupon dalam otak kamu tgh  berfikir berapa kilo berat dia naik.

-bila dia masih cantik.  Kecantikan dia hanya untuk suami. Dia layak mendapat pujian dan perhargaan dari kamu.

-bila dia lambat bersiap. Lagi2 tang berdandan. Dia nak dia nampak cantik di hadapan kamu.

-bila dia belikan hadiah yang kamu xsuka. Senyum dan katakan apa yg kamu sebenarnya inginkan hadiah itu.

-bila dia mempunyai tabiat buruk yg kamu xsuka. Beritahulah. Bagilah masa untuk dia berubah.

-bila dia menangis. Jangan tanya mengapa dia menangis, katakan semuanya akan OK sayang.

-bila dia menyuruhmu memandu berhati-hati. Dia bimbangkan keselamatan kamu.

...DIA MILIK MU.. TIADA ALASAN BAGI KAMU UNTUK TIDAK MENGHARGAI DIA..

HARGAILAH DIA WALAU DENGAN APA CARA SEKALIPUN.. DIA TELAH BERUSAHA LEBIH SUPAYA KAMU GEMBIRA..

No comments:

Post a Comment